11 Ocak 2013 Cuma

Sepah The Movie

Sinopsis Sepah The Movie
menceritakan tentang ragam tiga lelaki berstatus bujang yang bergelar pekerja kilang elektronik di sebuah kilang berhampiran pekan kampung mereka, dan mereka terlalu obses pada motor cross.

Sepah yang berkawan rapat serta mempunyai hobi yang sama sejak kecil lagi, terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka, semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama “Ayu sofea”, yang mana bertugas di bahagian kawalan kualiti di kilang elektronik tempat mereka bekerja.

Maka berlaku, strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati “Ayu sofea”. Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah. Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi. Namun semuanya gagal.

Ketahui kisah selanjutnya dalam Sepah The Movie.


Sepah The Movie :

Click Here

Hiç yorum yok:

Yorum Gönder